Home Ekonomi Pelabur asing rekod jualan RM48.5j minggu lalu

Pelabur asing rekod jualan RM48.5j minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing merekodkan jualan berterusan di Bursa Malaysia pada minggu lepas tetapi mengecil kepada RM48.5 juta berbanding, daripada RM63.1 juta pada minggu sebelumnya.

Dalam laporan mingguannya, MIDF Amanah Investment Bank Berhad berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada dua dalam lima hari dagangan.

Menurut firma penyelidikan itu, jualan memuncak pada hari Jumaat – mencecah paras tertinggi enam minggu dengan jualan bersih RM110.4 juta.

Bagaimanapun, berlaku pergeseran pada hari Jumaat berikutan sentimen daripada serangan pengganas di Barcelona dan peletakan jawatan Ketua Strategi White House, Steven Bannon.

MIDF Research menambah, pergeseran mingguan itu selari dengan yang dilihat oleh rakan serantau, terutamanya Korea, Indonesia dan Taiwan..

Ia berkata, pergeseran asing pada minggu lalu membawa jumlah penalti tahun ini kepada tujuh.

MIDF Research berkata, aliran masuk tahun terkumpul bernilai RM10.7 bilion, meskipun terdapat pergeseran dua minggu berturut-turut.

Ia berkata, kadar penyertaan asing terus menurun pada minggu ini. – MalaysiaGazette