Home Dunia Penuntut universiti cedera diserang

Penuntut universiti cedera diserang

CANBERRA – Beberapa penuntut di National University di sini cedera selepas seorang lelaki melakukan serangan secara rambang.

Polis telah menerima panggilan Kampus ANU pada pagi ini selepas seorang lelaki didakwa berjalan masuk ke dalam kelas di Copland kira-kira 9.15 pagi dan menyerang lebih empat orang.

Setakat ini, polis berkata kejadian itu tidak memberi ancaman kepada orang awam.

Motif serangan belum diketahui lagi.

Terdapat laporan bahawa besbol digunakan dalam serangan itu tetapi pihak polis belum mengesahkan butiran tersebut.

Seorang saksi mendakwa lelaki yang menyerang itu seorang muda, dalam lingkungan 20-an. – MalaysiaGazette