Wednesday, May 22, 2024
Home Sukan KL2017: Jin Wei sumbang emas selepas 14 tahun

KL2017: Jin Wei sumbang emas selepas 14 tahun

Foto Instagram Astro Arena

KUALA LUMPUR – Goh Jin Wei menceriakan kem badminton apabila merangkul pingat emas dengan mengatasi rakan senegara, Soniia Cheah dalam perlawanan akhir badminton perseorangan wanita Sukan SEA ke-29 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.

Kejayaan pemain berusia 17 tahun iitu sekali gus menamatkan 14 tahun kemarau Malaysia yang tidak memenangi emas dalam kategori itu.

Jin Wei menang 21-11 dan 21-10 dalam tempoh 35 minit.

Pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung dan pemain Thailand Pornpawee Chochuwong mendapat gangsa selepas kedua-duanya tewas kepada pemain Malaysia dalam aksi separuh akhir semalam.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih perak selepas tewas kepada gandingan Thailand dalam aksi akhir.

Wakil negara tumpas 15-21 dan 20-22 kepada pasangan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang juga pilihan pertama pertandingan.

Pencapaian perak itu mengulangi prestasi semasa Sukan SEA 2015 di Singapura dan kali terakhir Malaysia mendapat emas dalam kategori beregu campuran ialah pada Sukan SEA 1999 di Brunei. – MalaysiaGazette