KABUL – Lima orang disahkan terkorban dan lapan lagi cedera selepas pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di Kabul, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Najib Danish hari ini.

Danish berkata, seorang pengganas meletupkan dirinya bersebelahan dengan cawangan Bank Kabul di Microrayan-e-Duwum kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita China Xinhua.

Polis menahan seorang disyaki pengganas di lokasi kejadian, katanya ketika ditemui pemberita.

Serangan berlaku ketika penduduk sedang membuat persediaan menjelang sambutan Aidiladha yang bakal disambut Jumaat ini.

Militan Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Jumaat lepas, satu lagi serangan dilakukan pengganas Daesh berlaku di sebuah masjid di Kabul, mengorbankan 40 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain. – MalaysiaGazette