Home Dunia Keluarga Marcos setuju pulangkan harta kerajaan

Keluarga Marcos setuju pulangkan harta kerajaan

Salah satu daripada 700 koleksi kasut yang pernah dimiliki oleh Imelda Marcos. foto Agensi

MANILA – Waris-waris Ferdinand Marcos menawarkan untuk memulangkan semula kekayaan keluarga bekas Presiden Filipina itu kepada kerajaan.

Ia termasuk jongkong emas.

Marcos dan isterinya Imelda dituduh mengambil kira-kira AS$10 bilion daripada tabung negeri dalam tempoh 20 tahun pemerintahannya.

Pemberontakan Rakyat tidak berdarah pada tahun 1986 menyebabkan keluarga itu diusir dan berada di Amerika Syarikat.

Bulan lalu Kerajaan Filipina mengumumkan bahawa sekutu Marcos menghapuskan sebuah agensi kerajaan dan menemui sekitar 170 bilion peso daripada bekas presiden itu dan keluarganya.

Duterte dalam ucapan kepada pegawai kerajaan berkata: “Mereka (keluarga Marcos) memberitahu akan membuka segala-galanya, dan mungkin memulangkan apa yang ditemui.”

Namun Duterte tidak menamakan ahli keluarga Marcos yang menemuinya.

Tahun lepas, Suruhanjaya Presiden bagi Kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Filipina untuk menjejaki kekayaan keluarga Marcos, memperoleh sejumlah 170 bilion peso – dari deposit bank Switzerland, saham, hartanah, lukisan dan barang kemas.

Di antara aset yang disita, tiga koleksi barang kemas yang dikatakan dimiliki oleh Imelda Marcos telah dianggarkan oleh firma lelongan Christie dan Sotheby bernilai lebih daripada 1 bilion peso.

Ia termasuk, tiara berlian, kerosang, subang, rantai, tali pinggang dan batu-batu permata. – MalaysiaGazette