Home Nasional Ribuan rakyat sertai sambutan Hari Kemerdekaan

Ribuan rakyat sertai sambutan Hari Kemerdekaan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan Utama Batalion Pertama Askar Melayu Diraja pada Sambutan Hari Kebangsaan ke 60 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 31 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat dari pelbagai bangsa termasuk pelancong asing menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan 2017 yang diadakan dengan penuh meriah di Dataran merdeka pagi ini.

Sambutan tersebut yang bermula pukul 8 pagi melibatkan lebih 17,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur.

Perarakan turut melibatkan lebih 200 aset pertahanan darat dan udara milik negara.

Cuaca mendung pada awal pagi tidak menghalang orang ramai untuk terus membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan detik-detik bersejarah sambutan Hari Kemerdekaan negara kali ke-60.

Seperti tahun-tahun lalu, acara perbarisan sering dinanti-nanti oleh orang ramai dengan wajah-wajah ceria.

Kontinjen atlet-atlet Sukan SEA 2017 yang dianggotai oleh kira-kira 300 orang menarik perhatian orang ramai dan menerima tepukan gemuruh sebaik sahaja melintasi sepanjang jalan di hadapan Dataran Merdeka. – MalaysiaGazette