KUALA LUMPUR – Persetujuan Anwar Ibrahim bahawa partinya perlu meneruskan perberbincangan dengan Pas membuktikan bahawa dendamnya terhadap Tun Dr Mahathir masih menebal untuk menjadi perdana menteri.

Menurut pegawai khas kepada perdana menteri, Datuk Rizal Mansor, ia sekaligus mencetuskan krisis kepercayaan dalam Pakatan Harapan terhadap Tun Mahathir.

“Dengan perbincangan antara PKR dan Pas itu direstui oleh Anwar Ibrahim, ia sekali gus mencetuskan krisis kepercayaan dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PKR kena akui bahawa parti Anwar itu tidak percaya kepada Mahathir yang kini menuruti kehendak DAP sehingga terpaksa melutut kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Maknanya, dendam kesumat Anwar pada Mahathir masih menebal dan Mahathir juga tetap tidak mahu Anwar menjadi PM.

Tambahnya dalam satu kenyataan hari ini, beliau menyeru agar PKR menghentikan politik kepuraan dan bersikap ikhlas dalam berpolitik.

Ia berikutan pendirian Lim Kit Siang yang jelas menolak hubungan dengan Pas namun, dalam masa sama PKR masih mahu bekerjasama dengan parti itu meskipun sedia maklum PKR sudah bersama dengan Pakatan Harapan.

“Justeru, mengaku sajalah PKR tak percaya pada Mahathir…dan berhentilah bermuka-muka, berikhlaslah dalam politik.

“Masakan PKR tidak tahu pendirian Mahathir dan Lim Kit Siang dalam hubungan dengan Pas, Wan Azizah dan Azmin pergi juga bertemu Abdul Hadi dengan restu Anwar,” -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.