Home Utama FGV: Zakaria, Ahmad Tifli kembali bertugas?

FGV: Zakaria, Ahmad Tifli kembali bertugas?

Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Datuk Zakaria Arshad yang disiasat dan digantung tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sejak Jun lalu dipercayai akan kembali bertugas semula di syarikat perladangan itu.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Talha turut dikatakan diterima bertugas.

Ini kerana difahamkan siasatan dalaman yang dijalankan sejak 24 Julai lalu terhadap Zakaria dan Ahmad Tifli Mohd mendapati mereka tidak mempunyai kaitan dengan tunggakan hutang antara Safitex Trading LLC (Safitex) dan Delima Oil Products Sdn. Bhd. (Delima Oil).

Ini kerana, siasatan dalaman yang dijalankan sejak 24 Julai lalu terhadap Zakaria dan Ahmad Tifli Mohd mendapati mereka tidak mempunyai kaitan dengan kes itu.

Keputusan siasatan dalaman itu dijangka diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif FGV turut disiasat ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Kesemua mereka diarah bercuti sejak 7 Jun lalu.

Kesemua mereka disiasat berhubung kes tunggakan hutang Safitex kepada Delima Oil (Delima Oil) yang telah meningkat kepada AS$11.7 juta (RM49.96 juta).

Delima Oil adalah anak syarikat FGV.

Jumlah itu didakwa melebihi had pinjaman yang ditetapkan mengikut audit kewangan berkanun PriceWaterhouseCooper (PwC) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

PwC menerusi audit kewangan berkanun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 telah melaporkan hutang tidak berbayar Safitex sebanyak AS$8.3 juta. Jumlah tersebut boleh menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Urus niaga itu membabitkan penjualan minyak dan lelemak boleh makan kepada syarikat Afghanistan yang berpengkalan di Dubai itu.

Prosiding dalaman terhadap Zakaria dan tiga eksekutif yang lain dijalankan susulan daripada hasil siasatan oleh PwC.

Berikutan keputusan siasatan audit itu, lembaga pengarah FGV terdahulu mengarahkan empat pengurusannya bercuti sementara menunggu siasatan.

Bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tindakan itu dibuat selepas hasil siasatan mendapati wujud salah laku urus niaga dengan Delima Oil dan Safitex.

Lembaga Pengarah FGV ketika itu turut mencadangkan Zakaria meletak jawatan. Namun, Zakaria enggan melepaskan jawatan beliau.

Berikutan kemelut itu, kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala bagi merungkai kemelut FGV dan meneliti penggantungan Zakaria dan tiga pegawai lain serta mencadangkan jalan penyelesaian berhubung isu berkenaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Siasatan bukan dari PWC tapi dari Group Internal Audit. PWC cuma highlight the outstanding balance. Siasatan kenapa outstanding semakin banyak walaupun lama tertunggak adalah siasatan dr Audit dalaman FGV.

Comments are closed.