lemas, China
Gambar hiasan

KUCHING – Mayat seorang lelaki yang jatuh daripada bot yang dinaikinya semasa memancing ikan bersama-sama rakannya di Sungai Sarawak berdekatan Kampung Paroh di sini, tengah hari Ahad, ditemui kira-kira sejam kemudian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Mohd Rais Salihin, 30, dari Kampung Gita Lama, ditemui pada 1.55 tengah hari oleh penduduk kampung tidak jauh dari lokasi dia terjatuh daripada bot.

Beliau berkata mangsa dihanyutkan arus sungai selepas terjatuh daripada bot itu dan usaha mencari dan menyelamat dilancarkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bersama-sama penduduk kampung.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumahnya di Kampung Gita Lama. –  Bernama