LONDON – Dele Alli mencetuskan kontroversi apabila dilihat melakukan isyarat tidak senonoh ketika kemenangan England 2-1 ke atas Slovakia di Wembley, pagi tadi.

Ini kerana perbuatan pemain Tottenham Spurs isyarat jari tengah itu seolah ditujukan  kepada pengadil Perancis, Clement Turpin.

Namun Alli tampil mempertahankan dirinya di laman sosial Twitter miliknya.

“Saya hanya nak menjelaskan, isyarat malam ini adalah gurauan antara saya dan kawan baik saya, Kyle Walker! Saya minta maaf jika ada yang tersinggung!”, jelasnya.

Penjelasan Alli itu turut dibuktikan dengan rakaman televisyen yang menunjukkan dia bergurau.

Namun, Fifa menegaskan bahawa isyarat itu ditujukan kepada pengadil dan ia akan menyebabkan Alli berisiko digantung untuk tiga perlawanan.

Ia termasuk dua perlawanan akhir kelayakan menentang Slovenia dan Lithuania serta perlawanan pertama Piala Dunia musim depan  sekiranya England layak.

Pada Jun, Lionel Messi juga dilarang untuk beraksi dalam empat perlawanan kerana menghina pembantu pengadil.

Ini menunjukkan Fifa benar-benar menganggap perbuatan seumpama itu adalah serius. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast