Saksi, bekas penasihat dan pengarah Jabatan Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tiba di Mahkamah Rayuan untuk memberi keterangan berkaitan prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 06 SEPTEMBER 2017.

PUTRAJAYA РBekas Penolong Gabenor BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengaku sebagai individu yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengendalian urus niaga mata wang asing yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM) membawa kerugian besar pada 1990-an.

Bercakap di hadapan lima ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian itu, Nor Mohamed berkata, beliau memikul tanggungjawab itu sejak 1986.

“Saya bertanggungjawab bagi dagangan forex oleh BNM sejak tahun 1986.

“Ketua pedagang dan pedagang dibenarkan membeli dan menjual mata wang asing berdasarkan had mereka.

“Saya tidak ingat jumlah tertinggi yang dicapai oleh dagangan forex dalam sehari,” katanya ketika memberikan kenyataan.

Nor Mohamed adalah saksi ke tujuh belas dipanggil untuk memberikan keterangan mengenai urus niaga itu. – MalaysiaGazette.