Latheefa Koya dan Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – ‘Perang mulut’ antara Rafizi Ramli dengan Latheefa Koya dilihat semakin rancak apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hari ini terus membidas apa sahaja kenyataan berkenaan parti daripada Ahli Parlimen Pandan itu.

Dalam status di Facebooknya, Latheefa mempersoalkan kenyataan Rafizi semalam yang mendakwa bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan terlibat dalam penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Meskipun Ambiga secara jelas tidak bersetuju dengan Langkah Kajang namun Rafizi dilihat seperti cuba menyalahkan Ambiga meskipun pada masa sama Naib Presiden PKR itu merupakan perancang utama dalam gerakan penyingkiran Khalid.

“Rafizi kemudian berpura-pura memohon maaf secara terbuka dan mendakwa dia akan menjelaskan kepada orang ramai.

“Sekarang, dia (Raizi) seperti memberi tanggapan bahawa Ambiga mengambil bahagian dalam penyingkiran Khalid Ibrahim, padahal sebenarnya dia tahu sangat dia (Ambiga) tidak pernah terlibat dalam hal itu, atau apa-apa rancangan atau agenda lain parti,” katanya.

Semalam, Rafizi menafikan beliau menganggap Ambiga sebagai anti Pakatan Harapan namun menegaskan bahawa Ambiga tidak menyokong pembentukan pakatan tersebut sejak awal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast