Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun bergambar selepas menyerahkan memorandum bantahan atas kekejaman ke atas etnik Rohingya di hadapan Wisma PBB, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 etnik Rohingya berarak daripada Bangunan Tabung Haji ke Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

Himpunan yang diketuai pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha itu tiba di Kedutaan Myanmar kira-kira pukul 2.47 petang.

Perarakan yang bermula sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, turut membawa plakad “hidup Rohingya”, “Myanmar Zalim” dan sebagainya.

Laungan takbir, zikir dan “jahanam Rohingya”, “selamatkan Rohingya”, “hidup Islam” sepanjang perarakan yang berlangsung dalam hujan lebat itu.

Memorandum bantahan tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan Myanmar, di hadapan bangunan kedutaan negara itu.

Jamal memberitahu pemberita, pihaknya akan mendesak kerajaan Malaysia menghantar pulang rakyat Myanmar dan menutup kedutaan negara itu sekiranya kekejaman terus berlarutan.

“Jika tiada apa-apa tindakan, kita akan buat desakan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menutup kedutaan (Myanmar) dan hantar pulang rakyat mereka,” katanya kepada pemberita sejurus menyerahkan memorandum. – MalaysiaGazette

Reaksi warga Rohingya yang tidak dapat menahan perasaan ketika mengaminkan doa pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 DISEMBER 2016

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast