Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain

SHAH ALAM –  Sebanyak 11,219 unit rumah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dikenakan tindakan waran tahanan berikutan kegagalan pemiliknya menjelaskan cukai taksiran.

Menurut Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, pihaknya telah memulakan operasi mengenakan tindakan waran tahanan ke atas pemilik yang gagal berbuat demikian, dengan tunggakan direkodkan berjumlah RM20.5 juta.

Kata beliau, operasi Tindakan Waran Tahanan dan Mensita Harta Alih dijalankan anggota dari Unit Tunggakan Cukai, Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaraan MBPJ yang menumpukan kawasan perumahan kos sederhana dan tinggi.

“Sehingga semalam, sebanyak 90 unit rumah di kawasan kondominium Mentari Court dan PJS 8 telah dikenakan tindakan sita dengan jumlah tunggakan sebanyak RM151,513,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, daripada 90 pemilik atau unit rumah itu, anggotanya berjaya mengutip sebanyak RM22,695.

Katanya, bagi pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan itu, rumah berkenaan akan disita kemudian melalui proses lelong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast