PARIS – Kylian Mbappe membuktikan harganya yang bernilai RM919 juta amat berbaloi apabila membantu Paris Saint-German (PSG) membelasah Metz 5-1 menerusi kemunculan sulung awal pagi tadi.

Selain pemain muda itu, rangkaian penyerang PSG seperti Neymar dan Edinson Cavani jelas memberi amaran mereka adalah barisan penyerang termahal dalam sejarah bola sepak yang perlu digeruni.

Mbappe dan Neymar yang bernilai RM1.09 bilion masing-masing menjaringkan satu gol manakala Cavani yang bernilai RM304 juta terus cemerlang dua gol.

Walapun Metz memberi kejutan besar di Stadium Saint Symphorien menerusi gol penyamaan menerusi Emmanuel Riviere, tuan rumah akhirnya akur selepas Benoit Assou-Ekotto dibuang padang kerana mencabar fizikal Mbappe.

Sementara itu, seorang lagi penyerang PSG, Angel Di Maria tidak cergas dan tidak disenaraikan di bangku simpanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast