MANCHESTER – Jose Mourinho melahirkan rasa kecewa terhadap Andreas Pereira yang mengambil keputusan menyertai Valencia secara pinjaman sepanjang musim ini.

Walaupun Pereira menandatangani perjanjian jangka panjang baharu dengan United selepas itu, Mourinho menganggap pemain tengah itu telah membuat kesilapan besar.

Jelas pengendali Portugal itu, pemain tengah Brazil tersebut sepatutnya kekal di Old Trafford untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Mourinho juga menuduh Andreas Pereira tidak memiliki semangat juang untuk bersaing mendapatkan tempatnya di United.

Sebelum ini, pengurus itu marah dengan Pereira, 21, kerana telah membelakangi dirinya untuk menyertai kelab La Liga.

 “Dia telah membuat keputusan peribadi yang saya tidak setuju. Ini kerana keputusan itu bukan keputusan terbaik untuk dirinya dan jelas mengecewakan saya.

“Dia ada potensi di United namun perlu untuk berjuang mendapatkan tempat, berjuang untuk peluang dan berjuang untuk menjadi pemain utama kami

“Keputusannya boleh dianggap sseorang pemain muda yang mahu bermain setiap hujung minggu, tetapi dia sebenarnya tidak bersedia berjuang untuk sesuatu yang sukar,” katanya. – MalaysiaGazette