Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kanan) menyelam bagi menyempurnakan pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di Pulau Mensirip di Taman Laut Sultan Iskandar, Mersing.

MERSING – Hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyelam bagi menyempurnakan pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Pulau Mensirip di Taman Laut Sultan Iskandar di sini.

Ia bersempena Majlis Pra Pengisyhtiharaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan rombongan kembara itu berangkat ke Kem Iskandar untuk ke Pulau Mensirip di Taman Laut Sultan Iskandar di sini sebelum kembali ke kem tersebut untuk program seterusnya.

Sultan Ibrahim berserta rombongan KMJ 2017 seterusnya dijangka berangkat ke Mersing Harbour Centre, di sini, untuk majlis perasmian bangunan berkenaan.

Di bangunan itu juga, kerabat DiRaja Johor berkenan melawat pameran dan aktiviti yang telah disusun. – MalaysiaGazette.