PaolaDybala diramal meninggalkan Juventus akhir musim ini.- SkySports

ITALI – Agen Mino Raiola berkata, dia dapat membayangkan penyerang muda Juventus, Paulo Dybala akan beraksi untuk Chelsea atau Manchester United pada masa akan datang.

Dybala dikhabarkan kuat bakal meninggalkan Turin musim ini dengan Barcelona diramal sebagai destinasi pilihannya.

Namun dia menjauhkan diri daripada segala khabar angin itu.

Pemain Argentina berusia 23 tahun itu beraksi untuk Juventus sejak musim lalu dan menjuarai Serie A.

Dia juga membantu Juventus mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum tumbang kepada gergasi la Liga Real Madrid.

Namun Raiola yang tidak mewakili Dybala percaya pemain itu akan meninggalkan liga Itali tidak lama lagi.

Raiola membayangkan Real Madrid atau kelab Liga Perdana Inggeris akan menjadi destinasi seterusnya.

“Saya rasa Dybala akan meninggalkan Juventus adalah sukar untuk dia menyertai Barcelona yang telah dirombak, tetapi dia berpotensi ke Real Madrid, Manchester United, Man City atau Chelsea.

“Dia (Dybala) perlu pergi ke pasukan yang sesuai untuk dia mempertingkatkan kemahiran dan keriernya,” katanya.

Menurut akhbar Itali, Dybala dilaporkan meggantikan Pierpaolo Triulzi dengan abangnya Gustavo sebagai wakilnya selepas jendela perpindahan ditutup.

Dybala menjaringkan 49 gol dalam 98 penampilan bersama Juventus selama dua musim lalu.

Dybala berhijrah dari Palermo ke Juventus pada tahun 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast