Gambar hiasan. foto Getty Images

SEOUL  – Harga minyak jatuh semasa awal dagangan pada hari ini susulan pedagang risaukan kesan terhadap Taufan Irma.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent LCOc1 jatuh 5 sen atau 0.1 peratus pada $53.79 setong pada 0247 GMT berbanding ketika ditutup sebelumnya.

Minyak mentah U.S West Texas Intermediate (WTI) jatuh 4 sen atau 0.1 peratus pada $48.03 setong. – MalaysiaGazette