TOKYO – Negara matahari timbul ini sememangnya terkenal dengan pelbagai inovasi teknologi.

Terbaru Jepun akan mengeluarkan robot berupa anjing untuk mengesan bau busuk pada stokin.

Produk ini adalah keluaran Next Technology yang diilhamkan dari seorang lelaki yang buntu untuk mengetahui masalah yang dihadapinya.

“Lelaki berkenaan sering bertanyakan kepada anaknya tentang bau kakinya. Tapi dia tidak mahu mengetahui sejauh mana busuk kakinya kerana tidak mahu menyakitkan hati sendiri,” beritahu Kimika Tsuji yang merupakan wakil Next Technology.

Untuk itu, syarikat berkenaan mencipta inovasi dengan menamakannya Hana-Chan.

Robot anjing sepanjang 15 cm itu akan berbunyi sekiranya stokin yang dikesan berbau, malahan akan pengsan sekiranya stokin berkenaan terlalu busuk.

Menyelesaikan masalah itu, selain dilengkapi sensor bau robot berkenaan akan dilengkapi semburan pewangi.

Tsuji bagaimanapun menjangakakan teknologi itu akan menjadi isu sekiranya anjing berkenaan menyalak dan menyebabkan pemakainya berasa malu.

Robot berkenaan akan mula dikeluarkan awal tahun depan pada harga 100,000 yen. – AFP