ENGLAND – Sky Sports mempertahankan hak penyiaran kejohanan Liga Bola Sepak England (EFL) untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.
Berita itu ternyata mengecewakan kelab-kelab bola sepak di tiga divisyen di liga England.
Difahamkan, Sky Sports telah membayar sekitar £120 juta setahun, berbanding £90 juta setahun dalam kontrak sedia ada selama ini.
Dengan kontrak baharu itu, ia mengkuhkan kedudukannya untuk liputan siaran langsung EFL sehingga tahun 2024.
Perjanjian baharu bermakna bermula musim 2019/20 SkySports akan menyiar 183 perlawanan EFL secara langung dan eksklusif setiap tahun dan SkyBet Championship, Liga 1, Liga 2 SkyBet, Piala Carabao dan Piala Checkatrade.
Buat pertama kali juga SkySports akan berupaya menyiarkan 80 perlawanan Sky Bet Championship dalam platfom digital dan interaktif.
Ia sekaligus membawa jumlah penyiaranya oleh SkySports kepada 260 perlawanan berbanding 145 perlawanan sahaja ketika ini.
Kemenangan tender itu oleh SkySports diumumkan secara rasmi oleh EFL selepas pintu tender ditutup.
Proses itu tidam memerlukan tender bidaan untuk pusingan kedua kerana BT Sports dan Sky tidak bersedia berebut hak dan membayar terlampau seperti yang dilakukan dalam kriket.
BT yang menghadapi masalah dalaman tidak meletakkan bidaan tertinggi sekali gus membenarkan Sky yang masih berunding mengenai kontrak itu memiliki tender untuk rangkaian baharu bola sepak untuk harga realistik.
Kelewatan dalam pengumuman itu mungkin terjejas disebabkan kelab seperti Derby yang mana Pengerusinya Mel Morris menuntut hak bernilai lebih £300 juta setahun.
Dalam perkembangan sama, difahamkan bahawa Channel 5 mempertahankan hak siaran berita sukan.- MalaysiaGazette