Seorang anggota bomba menggulung hos paip selepas selesai kerja-kerja memadamkan api dalam tragedi yang meragut lebih 20 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPURĀ – “Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak cukup,” demikian reaksi seorang guru agama di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara , yang terbakar awal pagi tadi.

Mohd Ariff Mawardy, 24, yang baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz tersebut, berkata kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.

“Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat). Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran terlalu pantas,” katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Sejurus kemudian, beliau terus mengejutkan pelajar lain untuk turun ke tingkat bawah menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang lain.

“Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap”, katanya sugul dan ditenangkan anggota keluarganya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast