SEREMBAN – Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hasnita Hishamudin hari ini mengumumkan keluar dari parti.
Tindakan ini diambil kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Amat menyedihkan apabila budaya fitnah menjadi amalan dalam PPBM,” katanya dalam satu sidang media yang dipetik dari sebuah portal di sini hari ini.- MalaysiaGazette