MANCHESTER – Ujian imbasan dilakukan ke atas pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menunjukkan dia mengalami kecederaan hamstring.

Kecederaan tersebut menyaksikan pemain antarabangsa Perancis itu akan diketepikan selama empat hingga enam minggu.

Pemain berusia 24 tahun itu akan menjalani satu lagi ujian imbasan ke atas kecederaannya pada hari ini.

Pogba terpaksa direhatkan pada babak pertama ketika Manchester United menang 3-0 ke atas FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Namun Pogba akan menjalani satu lagi ujian imbasan ke atas kecederaannya pada Khamis.

Semalam, Pogba menerusi laman sosial Instagram miliknya, memberitahu semuanya okey.

Pogba akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton, Southampton dan Crystal Palace selain pertemuan dengan Burton pada Piala Carabao, 20 September ini.

Dia turut tidak akan memperkuat United di pentas Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow pada 27 September ini.

Pemain yang dibawa masuk dari Juventus dengan bidaan sebanyak 89 juta pound sterling itu turut akan direhatkan ketika menentang Liverpool di Anfield pada 14 Oktober ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast