KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang awam tidak sewenang-wenangnya mencetuskan sebarang spekulasi dan andaian berhubung kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah awal pagi tadi.
Beliau yang berkesempatan melawat tempat kejadian itu di Datuk Keramat di sini, berkata, terlalu sedih dan menyayat hati melihat jenazah anak-anak tahfiz.
Katanya, mayat mereka bertindih antara satu sama lain di penjuru bilik kerana tidak dapat keluar berikutan api yang marak begitu cepat di pintu hadapan bilik mereka.
“Ketika ini sembilan mayat mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital.
“Pihak bomba masih meneruskan usaha untuk mengeluarkan mangsa yang lain. Keseluruhannya 23 orang meninggal termasuk dua warden,” katanya dalam status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook beliau hari ini.
Pelajar berkenaan berumur antara tujuh hingga 17 tahun dan yang terselamat dalam kejadian itu seramai 14 orang serta dua guru.
“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan didoakan agar Allah menempatkan mereka semua di kalangan syuhada dan para solihin,” kata Dr. Asyraf Wajdi. – MalaysiaGazette

















Mreka lupa kr kn ada doa nk bg api sjuk..
Mungkin sbb kelam kabut..mreka trlupa agknya..