Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menaikkan cukai eksport minyak kelapa sawit kepada 6.0 peratus pada Oktober berbanding 5.5 peratus sebelumnya, demikian menurut pekeliling kerajaan hari ini.

Negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia itu membuat kiraan harga rujukan minyak sawit adalah sebanyak RM2,754.18 se tan untuk Oktober.

Harga melebihi paras RM2,250 akan dikenakan cukai dan Malaysia telah mengekalkan kadar cukai sebanyak 5.5 peratus pada bulan Ogos dan September. – MalaysiaGazette