Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan satu sidang media khas berhubung siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, awal pagi Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi, PDRM berkata sidang media khas itu akan dilakukan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

“Dimaklumkan bahawa polis KL akan mengadakan sidang media khas kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada jam 11 pagi esok,” demikian menurut polis.

Bagaimanapun menurut maklumat terbaharu, sidang media khas itu akan diadakan malam ini jam 8 malam ini di Pusat Media Tingkat Satu , Menara B, Ibu Pejabat Polis KL.

Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan dua suspek telah ditahan berhubung siasat berkenaan.

Malah kedua-duanya telah mengaku mengakibatkan kebakaran tersebut pada awal pagi Khamis.

Kebakaran mengakibatkan kehilangan 23 nyawa termasuk dua guru tahfiz berkenaan.

Kesemua mereka selamat dikebumi di pelbagai tanah perkuburan malam tadi. -MalaysiaGazette.