Seorang anggot polis forensik melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan tahfiz berikutan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Suspek yang didakwa menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikatakan berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Menurut sumber, polis menahan dua orang suspek remaja yang dipercayai dalang dalam kejadian yang mengorbankan 23 nyawa pada Khamis lalu.

Kedua-duanya dikatakan sudah mengaku melakukan perbuatan itu dan difahamkan, usia mereka di bawah 20 tahun.

Bagaimanapun, ia masih belum disahkan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata pihaknya tidak menolak insiden malang itu berkemungkinan disebabkan oleh perbuatan khianat.

Ia berdasarkan pengamatan api dalam kejadian itu, ia tidak mungkin berpunca daripada litar pintas.

Berbalik kepada penahanan remaja terbabit, difahamkan, suspek yang ditahan merupakan orang luar yang dipercayai tidak puas hati dengan pelajar tahfiz di pusat berkenaan.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan pihaknya ada menahan seorang pelajar tahfiz berkenaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.