Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mengikuti prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 OGOS 2017.

PUTRAJAYA – Orang kanan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilihat hadir memberikan sokongan kepada Mahathir ketika dipanggil memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian Bank Negara Malaysia (BNM).

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir di perkarangan Mahkamah Persekutuan jam 10.30 pagi.

Dr. Mahathir tiba pada jam 10.40 pagi dengan ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nyata membuat kejutan apabila hadir buat kali pertama bagi mendengar keterangan Dr Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri ketika kerugian itu berlalu.

Prosiding hari ini merupakan sesi ke-7 RCI bagi menyiasat kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an.

RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian BNM yang mencecah RM30 bilion. – MalaysiaGazette

Comments are closed.