Home Ekonomi Pelabur asing kekal dalam mod belian

Pelabur asing kekal dalam mod belian

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing kekal dalam mod belian di Bursa Malaysia bagi tempoh tiga minggu meskipun sokongannya merosot, selari dengan kelesuan di Asia.

MIDF Research dalam laporan mingguannya berkata, pelabur asing membuat belian bersih RM273 juta pada minggu lalu berbanding RM362.6 juta minggu sebelumnya.

Menurutnya, dana-dana global adalah pembeli bersih sepanjang minggu kecuali pada hari Rabu tetapi pergeseran satu hari adalah minimum iaitu hanya RM7.90 juta,” kata MIDF.

Pelabur asing melakukan belian berjumlah RM172.6 juta pada hari Selasa, aliran masuk tertinggi dalam sehari sejak 14 Jun lalu.

Pembelian asing yang ketara itu selari kenaikan 62 hari FBM KLCI pada 1,789 mata menjelang perjumpaan Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden AS, Donald Trump.

Peningkatan FBM KLCI juga didorong oleh kesan limpahan positif dari Wall Street yang menyaksikan S & P500 mencapai paras rekod baru semalaman di tengah-tengah kesan Taufan Irma.

Aliran masuk mingguan adalah selari dengan pasaran Asia Tenggara terutamanya Thailand dan Filipina.

Dengan pembelian asing selama 29 minggu yang direskodkan setakat tahun ini, aliran masuk bersih terkumpul tahun ini telah mencapai RM10.99 bilion, kira-kira 37 peratus daripada aliran keluar bersih dalam tempoh tiga tahun yang lalu,” kata MIDF.

Kadar penyertaan asing mengambil masa untuk berehat. Dagangan kasar pada hari Rabu menurun kepada lebih daripada 700 juta, mengheret nilai perdagangan harian purata harian (ADTV) 20 peratus lebih rendah untuk jatuh di bawah RM1 bilion kepada RM891 juta.

Manakala ADTV runcit meningkat sebanyak 6 peratus kepada RM939 juta. Kali terakhir ADTV runcit melebihi RM900 juta adalah pada minggu yang berakhir pada 26 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast