LONDON – Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, LG dikhabarkan bakal menaja Pasukan bola sepak England dan Piala FA.

LG yang mempunyai kerjasama tajaan untuk beberapa agensi sukan di peringkat global, difahamkan semakin hampir untuk memuktamadkan perjanjian dengan FA.

Difahamkan bidaan bernilai £4 juta (RM22.7 juta) setahun diletakkan atas meja badan bola sepak tertua itu untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat ini.

Kemunculan LG sebagai penaja baharu dikatakan memberi kelegaan kepada FA untuk menarik lebih banyak penaja berkualiti dalam pasaran sukan bola sepak England.

LG pernah menaja kelab bola sepak Bundesliga iaitu Bayer Leverkusen dan Fulham, Boca Juniors dan beberapa kejohanan bola sepak pramusim.

Kontrak penajaan selama empat tahun oleh Landbrokes untuk FA selama ini telah ditamatkan pada Jun lalu dengan kontrak berbaki setahun lagi.

Lembaga FA membuat keputusan adalah tidak lagi wajar untuk badan pengurusan itu meneruskan penajaan dahulu apabila peraturan FA mengelak mana-mana pihak secara profesinal terlibat dalam memperjudikan perlawanan bola sepak. – MalaysiaGazette