Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim petang semalam.

Facebook Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan memberitahu, pertemuan Bibi Ramjani Ilias Khan adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat Tunku Ismail.

“Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap Presiden baharu Kafa, (Puan Hajah) Bibi Ramjani Ilias Khan.

“Pertemuan berkenaan tertumpu kepada memohon pandangan dan nasihat daripada DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai panduan menguruskan pasukan Kelantan pada masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan,” kata kenyataan itu.

Pertemuan itu diadakan sebelum perlawanan JDT menentang Kelantan yang menyaksikan tuan rumah menewaskan pelawat 3-0 sekali gus dinobatkan juara Liga Super 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast