MANILA – Kenyataan tegas dan berani Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu Rohingnya menyebabkan perwakilan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) senyap seketika.

Semasa berucap, Timbalan Perdana Menteri mempersoalkan tindakan tindakan pasukan keselamatan negara berkenaan yang membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

“Mereka ini (Rohingya) bukan haiwan tetapi manusia.

“Kita boleh sahaja ada perbezaan tetapi atas dasar kemanusiaan, kamu (Manila) harus melihat perkara ini (kekejaman yang berlaku) mengikut piawaian antarabangsa sekiranya kamu benar-benar negara demokrasi,” ujarnya menurut laporan portal Barisan Nasional hari ini.

Beliau juga mempersolakan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan dari organisasi antarabangsa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Filipina kelmarin bagi mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dwitahunan itu yang pembukaannya berlangsung semalam.

ASEAN dianggotai oleh 10 negara berjiran di rantau ini iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.- MalaysiaGazette