Home Ekonomi Kedudukan hutang isi rumah beri risiko kepada permintaan domestik

Kedudukan hutang isi rumah beri risiko kepada permintaan domestik

Isi rumah Malaysia ambil banyak hutang kad kredit. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kedudukan kadar kredit isi rumah dan kelemahan dalam pasaran buruk dikhuatiri boleh memberi risiko kepada permintaan domestik di Malaysia.

Perubahan dalam permintaan luaran juga boleh memberi kesan kepada sektor pembuatan negara.

Tahap risiko aktiviti serantau adalah sederhana, jadi keseluruhan risiko ke atas ekonomi agak ketat, menurut laporan Asia Pacific Economic Snapshots oleh yang diterbitkan oleh S&P Global Ratings.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, permintaan domestik yang berdaya saing dan permintaan luaran yang stabil akan kekal menyokong pertumbuhan kukuh pada tahun depan.

Tambahnya, tekanan kos global telah berkurangan dan inflasi domestik tidak akan meningkat dengan ketara menjelang tahun yang akan datang.

Jadi dasar monetari mungkin akan kekal akomodatif buat masa ini,” kata firma penarafan itu.

S&P meramalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar mencapai 4.7 peratus pada 2017 dan 4.6 peratus pada tahun 2018.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua, dipacu oleh perbelanjaan swasta manakala pertumbuhan pelaburan susut 4 peratus disebabkan pertumbuhan perlahan dalam pelaburana awam. – MalaysiaGazette