Foto Instagram Paul Pogba.

MANCHESTER – Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba optimis dia akan kembali lebih awal daripada enam minggu akibat kecederaan.

Keyakinan itu diluahkan dalam status terbaru di Instagram miliknya menerusi rakaman video yang menyaksikan Pogba memberi bayangan untuk kembali pulih secepat mungkin.

Rakaman itu dibuat oleh seorang pemain iaitu Axel Tuanzebe ketika mereka berada di Carrington untuk proses pemulihan.

Tuanzebe juga mengalami kecederaan dan sedang direhatkan bersama Pogba.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan otot ketika membantu United menewaskan Basel dalam saingan Liga Juara- Juara Eropah minggu lalu.

Pengurus United, Jose Mourinho sebelum ini berang dengan spekulasi kecederaan Pogba yang dilaporkan akan berehat antara enam minggu hingga tiga bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast