Foto dailymail.co.uk

LONDON – Penyerang kontroversi Chelsea, Diego Costa akhirnya akan kembali ke kelabnya, Atletico Madrid dengan yuran pemindahan sebanyak £55 juta.

Pemain kelahiran Brazil berkenaan akan menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh 24 jam sebelum menyelesaikan urusan kontrak menjelang minggu depan.

Daily Mail melaporkan, Costa bakal menandatangani kontrak selama empat tahun dengan tambah bonus.

Costa menyertai Chelsea dengan nilai £32 juta pada 2014.

Pemain Sepanyol itu dilihat telah meninggalkan negara untuk ke Madrid.

Costa sebelum ini telah dilapor akan kembali bersama Atletico tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kelab tersebut sedang menjalani tempoh pergantungan pemindahan pemain. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast