Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diarahkan supaya memeriksa semua pusat tahfiz di seluruh negara selepas ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, keputusan arahan itu telah dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Beliau berkata, sehingga kini beliau masih berasa sedih dengan apa yang terjadi di Pusat Tahfiz Ittifaqiyyah di Keramat pada Khamis minggu lalu.

“Saya masih tidak percaya ada remaja belasan tahun boleh rancang dengan teliti untuk bakar pusat tahfiz.

“Sanggup 23 orang seakidah dibakar dan apa dosa mereka? Tak kan kerana berebut gelanggang futsal?

“Apa hendak jadi ini? Masyarakat kena sama-sama fikir apa yang perlu dilakukan.

“Jabatan Bomba mesti siasat semua tahfiz seluruh negara, tidak patuh syarat kita bagi tempoh untuk laku penambahbaikan, tak patuh juga tutup.

“Semua ini demi kebajikan anak-anak kita. Keputusan periksa itu telah dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast