Proses memindahkan ular ke tempat yang lebih selamat. - foto facebook

KANGAR РBanjir yang melanda beberapa kawasan di Perlis turut memberi kesan terhadap pelbagai spesis ular di Taman Ular dan Reptilia yang terletak di Sungai Batu Pahat di sini.

Ular-ular tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat apabila kawasan tersebut dinaiki air.

Proses memindahkan pelbagai spesis ular itu dikongsi oleh salah seorang pekerja di taman tersebut Mohd Hafiz Alias di laman facebook yang kemudiannya menjadi viral kerana menarik perhatian netizen. – MalaysiaGazette