Gambar hiasan

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan rekod tertinggi kes denggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Mengikut laporan statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, sehingga semalam, negeri itu mencatatkan 37,804 kes denggi, iaitu suatu jumlah yang membimbangkan dengan kadar 140 kes sehari.

Menurut laporan itu, jumlah kes yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh itu ialah 69,255 kes dengan negeri kedua tertinggi ialah Kuala Lumpur sebanyak 6,544 kes, Johor (6,219), Perak (4,793), Negeri Sembilan (2,714) dan Kelantan (2,238).

Negeri paling rendah dilaporkan ialah Labuan, Sabah dengan hanya 65 direkodkan.

Bagi kes kematian disebabkan denggi, laporan itu menyataka, sebanyak 153 kes kematian dilaporkan dari Januari hingga 16 September lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast