Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (163), Pengerang (162) dan Larkin (156).

Di Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan 152, manakala Sri Aman (128).

Sebanyak 52 kawasan pula mencatat bacaan pada tahap sederhana, manakala sembilan kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here