Foto Instagram Krisdayanti

KUALA LUMPUR – Diva popular seberang, Krisdayanti mencetuskan kontroversi apabila memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Kris telah memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang beriadah dengan membawa anjing peliharaan.

Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya.

Ramai yang menegur Kris dan macam-macam hujah berkaitan agama sudah keluar. Sebenarnya artis begini tidak berapa cerdik untuk menguruskan isu yang menyentuh soal yang sensitif. Nak pula pergi tayang satu dunia.

Sebenarnya banyak lagi binatang lain yang boleh Krisdayanti bela, kenapa anjing biarpun dalam keadaan kering? Artis macam ini sengaja nak tunjuk hebat, macam mat salih.

Kenapa Krisdayanti tidak bela monyet atau biawak. Kalau nak hebat lagi buaya pun boleh juga.

Pesan kepada Krisdayanti, kalau boleh elakkanlah. Kalau ketagih sangat nak bela juga, tak payahlah bagi tahu orang di seluruh dunia. – MalaysiaGazette