Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membuang undi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2017 di Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Keputusan pilihanraya kampus 2017 menyaksikan kemenangan bergaya kepada kumpulan pro Aspirasi di institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Kemenangan kumpulan pro mahasiswa pro Barisan Nasional itu membuktikan generasi muda memberi sokongan kepada transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah  (gambar) berkata, daripada tujuh IPTA, kumpulan pro Aspirasi memenangi sebanyak 235 kerusi berbanding sembilan sahaja kumpulan pro pembangkang.

“Daripada segi peratusan, kumpulan pro BN mendapat 96.3 peratus manakala pembangkang pula hanya 3.7 peratus,” ujarnya dalam satu kenyataan.

T

Menurut Armand Azha, keputusan itu memberi faktor positif untuk persiapan menghadapi PRU-14.

“Golongan muda bijak pandai dan professional sudah nampak mana kaca dan mana permata.Tahniah pada semua jentera seluruh negara yang bertungkus lumus berkhidmat untuk memastikan kejayaan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. itu kah isyarat awal umno akan menang. isyarat juga budak ini bila memimpin nanti akan ikut jejak langkah pemimpin sekarang. ini juga isyarat perlu ada tambahan pelajaran akhlak islam . sebelum negara hanyut pelajaran utama akhlak rakyat perlu diperkasakan

Comments are closed.