KINSHASA – Semua krew sebuah pesawat kargo tentera Kongo terbunuh apabila pesawat terhempas di ibu negara, Kinshasa, kata pengarah lapangan terbang utama di bandar raya itu.

Adalah tidak jelas berapa orang anak kapal berada dalam pesawat. Para pegawai kerajaan dan tentera tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

“Terdapat pesawat terhempas. Ia adalah pesawat tentera.

“Ia tidak membawa penumpang. Tiada yang selamat dalam kalangan krewnya,” kata pengarah Lapangan Terbang N‘djili di Kinshasa, George Tabora seperti dipetik Reuters.

Seorang agen penerbangan Kongo yang tidak mahu dikenali berkata, pesawat yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Antonov 12 yang dalam penerbangan ke Bukavu, di timur negara itu.

Pesawat tersebut gagal untuk berlepas dari lapangan terbang N‘djili dan terhempas di kawasan kejiranan Nsele, tambah beliau.

Kemalangan udara sering berlaku di Kongo berikutan standard keselamatan yang rendah. Semua pesawat komersial Kongo dilarang beroperasi di Kesatuan Eropah.

Sementara itu, sumber tentera di ibu pejabat yang tidak mahu dikenali memberitahu AFP, krew pasawat tersebut terdiri daripada warga Rusia dan pesawat itu membawa ‘dua kenderaan dan senjata’ serta anggota tentera.

Beliau berkata, terdapat ‘antara 20 hingga 30 orang’ berada dalam pesawat ketika ia berlepas.

Seorang saksi di lokasi kemalangan memberitahu AFP beliau yang melihat pesawat tersebut ‘jatuh’ daripada langit sebelum pukul 9 pagi berkata, tiada asap keluar daripada pesawat terbabut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast