LAS VEGAS – Polis mengesahkan jumlah kematian akibat tembakan rambang festival Muzik Route 91 Harvest meningkat kepada 20 orang manakala 100 lagi cedera parah.
Perkembangan terkini, suspek utama kes berkenaan telah terbunuh dan polis percaya tiada suspek lain.
Namun polis kini sedang menjejaki seorang wanita yang bernama Marilou Danley yang dipercayai menemani suspek ketika kejadian.
Namun Danley tidak dinamakan sebagai suspek kes.
Dalam kejadian itu, seorang polis yang tidak bertugas turut maut terkena tembakan rambang.
Sherif Joe Lombardo memberitahu dua lagi polis turut cedera yang mana salah seorangnya cedera parah.
Lombardo meminta orang ramai yang mempunyai rakaman berbentuk video dan foto untuk membantu polis.
Saksi yang ditemui media memberitahu terlihat tembakan datang dari arah hotel bersebelahan- MalaysiaGazette