Anthony Martial. Foto ESPN

LONDON – Arsene Wenger mahu Anthony Martial dimasukan dalam perjanjian perpindahan Mesut Ozil ke Manchester United demi memperkuatkan jentera serangannya.

Jelas Wenger, jika perpindahan itu menjadi kenyataan, Ozil sedia dilepaskan ke United namun Martial perlu diletakkan dalam klausa perpindahan.

Ozil hanya memenangi tiga trofi Piala FA bersama Arsenal tetapi masa depannya masih menjadi teka-teki.

Kontraknya akan berakhir pada hujung musim 2017/2018 dengan pemain kebangsaan Jerman itu belum mengadakan rundingan untuk melanjutkan kontraknya sejak Februari lalu.

Jose Mourinho pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Ozil pada hujung musim ini.

United dan Barcelona masing-masing cuba memuktamadkan perpindahan Ozil pada musim panas lalu tetapi bidaan mereka ditolak Arsenal.

Namun Ozil sekarang bebas untuk menentukan masa depannya pada hujung musim ini.

Malah tidak hairan jika Ozil memilih untuk menyertai seteru Arsenal itu musim depan memandangkan dia sudah tawar hati untuk bekerjasama dengan Wenger. – MalaysiaGazette