Romelu Lukaku.

MANCHESTER – Jose Mourinho mengucapkan tahniah kepada Romelu Lukaku kerana menyamai rekod jaringan gol dipegang oleh Andy Cole namun pengurus itu menegaskan dia bukan hanya menilai pemain berdasarkan jaringan gol.

United meraih kemenangan 4-0 ke atas Crytal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam dengan pemain antarabangsa Belgium itu sekali lagi berjaya menjaringkan gol.

Selepas gol pembukaan daripada Juan Mata dan diikuti dengan dua jaringan daripada Marouane Fellaini, Lukaku melengkapkan kemenangan selepas menampan masuk hantaran silang Anthony Martial ketika perlawanan berbaki empat minit.

Pemain berusia 24 itu telah menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan semua kejohanan dan menyamai rekod jaringan dalam tujuh gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mourinho memuji Lukaku mencapai tahap itu dalam musim pertamanya bersama United namun berpendapat Lukaku telah mempamerkan persembahan yang positif sejak perlawanan bermula.

“Ia merupakan satu perkara yang positif melihat penyerang menjaringkan gol. Ia lebih manis apabila menyamai rekod jaringan yang dicipta oleh legenda kelab seperti Cole,” kata Mourinho.

“Tetapi saya gembira dengan prestasinya, tidak mengira jika dia menjaringkan gol ataupun tidak.

“Saya tidak menilai persembahannya berdasarkan jaringan yang dicipta oleh Lukaku. Dia memiliki banyak kualiti yang berbeza dan membantu pasukan ketika melancarkan serangan.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast