LAS VEGAS – Seramai 104 mangsa terlibat dalam tembakan di festival Muzik Route 91 Harvest, dimasukkan ke Hopital Nevada untuk menerima rawatan.
Memetik laporan CNN, pegawai hospital Nevada berkata, sekurang-kurangnya kesemua pesakit menerima rawatan dengan pelbagai jenis kecederaan di Pusat Perubatan Universiti Southern Nevada.
Danita Cohen yang juga merupakan jurucakap pihak hospital turut memaklumkan seramai lebih 30 pesakit menerima rawatan di pusat trauma hospital ketika ini.
Sementara itu, lapan pesakit telah dipindahkan ke bilik pembedahan hospital manakala 12 pesakit masih berada dalam keadaan kritikal. -MalaysiaGazette