Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengarahkan Ketua Polis Negara mencari dan menangkap ahli perniagaan Low Taek Jo atau lebih dikenali sebagai Jho Low berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu di dalam kamarnya, dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Natra Idris manakala peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, N. Surendran, R. Sivarasa dan Latheefa Koya bertindak bagi pihak Mohamed Azmin.

Loke ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak permohonan Mohamed Azmin selepas mendapati tiada kenyataan oleh mana-mana agensi penguat kuasa yang membuktikan Jho Low melakukan sebarang kesalahan di negara ini.

“Mahkamah juga mendapati kuasa penyiasatan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman,” katanya.

Tiada sebarang kos ditetapkan oleh mahkamah.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast