Harry Kane. Foto The Independent.

MADRID – Real Madrid tetap komited dan kekal dengan tawaran tinggi yang akan dibuat kepada Tottenham Hotspurs.

Laman web Don Balon menjelaskan, kelab gergasi Sepanyol itu bersedia membida penyerang, Harry Kane dengan nilai potensi 177 juta pound (RM992.14 juta).

Keputusan itu dibuat selepas Presiden kelab, Florentino Perez  telah lama mencari seorang penyerang tulen yang sebelum ini diisi oleh Karim Benzema yang menjadi pilihan Zinedine Zidane.

Bagaimanapun ketika ini, Benzema dilihat masih mencari semula sentuhan yang mula hilang hingga membuatkan Perez menjadikan Kane sebagai calon pilihan.

Pemain berusia 24 tahun itu kini berada di puncak prestasi apabila menunjukkan aksi luar biasa dengan menjaringkan sebelas gol untuk Spurs musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast