LONDON – Sepanyol melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun depan menerusi kemenangan selesa 3-0 ke atas Albania manakala Iceland semakin hampir untuk tampil buat pertama kali pada kejohanan itu setelah membenam Turki 3-0 di Istanbul.
Jaringan Rodrigo, Isco and Thiago pada separuh masa pertama menyaksikan Sepanyol yang dibimbing Julen Lopetegui mengekalkan rekod tanpa kalah dengan lapan kemenangan daripada sembilan perlawanan kumpulan G, namun Gerard Pique sekali lagi menjadi sasaran apabila pemain itu diejek.
Juara dunia 2010 itu kini dijamin menamatkan pusingan kelayakan di tempat teratas kumpulan apabila Itali yang ketinggalan tiga mata dan berada di tempat kedua sebelum perlawanan malam tadi hanya sekadar seri dengan Macedonia.
Bagaimanapun kehadiran Pique di Stadium Jose Rico Perez tidak disenangi susulan pemain pertahanan Barcelona itu menjadi tajuk utama berita berikutan referendum kemerdekaan Catalonia pada minggu lalu.
Pique yang merupakan penyokong kemerdekaan Catalan mengundi pada hari pembuangan undi yang dicemari dengan keganasan dan diisytiharkan haram oleh kerajaan Sepanyol, menawarkan diri untuk bersara jika kehadirannya menjadi masalah kepada pasukan.
Pique mendapat sokongan daripada pasukan kebangsaan namun beliau diboo oleh penyokong Sepanyol yang marah terhadap insiden sepanjang minggu lalu.
Pemain berusia 30 tahun itu menjadi mangsa pada perlawanan menentang Albania apabila mendapat sambutan yang bercampur apabila pemain tengah tersebut diumumkan sebelum perlawanan bemula dan mendapat bola walaupun terdapat penonton memberikan tepukan.
Dalam kumpulan I, jaringan Berg Gudmundsson dan Birkir Bjarnason membolehkan Iceland mendahului Turki dengan dua gol pada separuh masa pertama di Istanbul dan Kari Arnason menambah jaringan untuk pasukan bimbingan Heimir Hallgrimsson empat minit selepas perlawanan bersambung.
Kekalahan tersebut menamatkan kempen Turki untuk layak tetapi melonjakkan Iceland dengan kelebihan dua mata untuk mengungguli kumpulan sebelum menamatkan kempen kelayakan kumpulan itu – berhadapan pasukan tercorot Kosovo – selepas Crotia hanya mampu sendiri ketika bertemu Finland di halaman sendiri.
Gol penyamaan pada lewat permainan jaringan Pyry Soiri menyukarkan laluan Croatia yang mendahului menerusi Mario Mandzukic pada minit ke -57.
Crotio akan bertandang ke Ukraine yang masih mempunyai harapan untuk layak selepas Leart Paqarada menjaringkan gol sendiri manakala jaringan Andriy Yarmolenko membolehkan pasukan itu menewaskan Kosovo 2-0 untuk bersama Croatia mengutip 17 mata. – Agensi